Mula-mula nak pergi risau kalau harga tiket Menara Alor Setar ni mahal. Rupanya harga mampu milik dan menarik dapat rasa pengalaman naik ke Menara Alor Setar sehingga ke bahagian Star View. 

Plan ke sini sebenarnya tiada pun dalam itinerary semasa ke Perlis lepas. Cuma semasa hari kedua tu entah macam mana Encik Abdul kata jom kita ke Alor Setar naik menara macam tu. 

Kami gerak dari Kangar dalam jam 5.30 pm dan tiba di kedah kira-kira jam 6 lebih. 


naik ke menara alor setar
Pemandangan siang dan malam Menara Alor Setar

Alhamdulillah jalan pun smooth dan tiada kesesakan. Cuma payah sikit nak cari tempat letak kereta dekat sekitar menara. Akhirnya kami park kereta di bahagian berbayar dalam kompleks shopping mall Eco-Shop. 


Star View Tarikan Terbaru Di Menara Alor Setar

Rasa teruja betul sebenarnya nak naik ke bahagian tertinggi dan juga terbuka menara ni. Bahagian Star View ini sebenarnya dinding berkaca yang dibina di atas pelantar menara. 

Ianya mempunyai ketinggian 105 meter dari permukaan bumi. 

tempat menarik alor setar 2022
Ada dua deck iaitu hijau dan kuning

tempat menarik alor setar 2022
Deck berkaca (6 orang satu-satu masa)

Yang menariknya namapun dinding kaca kan, jadi jelas lah nampak pemandangan bawah dari dalam kotak kaca ni. Saya dahlah sejenis yang gayat dan takut tinggi. Sebelum ni kalau buat aktiviti hiking pun jarang saya nak tengok ke bawah gunung semasa di puncak. 

Gayat punya pasal. Jadi ini merupakan satu pengalaman dan juga cabaran untuk naik sampai ke bahagian atas sekali. Sebelum ini kami pernah juga naik ke Menara 188 Kuantan

Cuma hanya sehingga ke bahagian yang tertutup sahaja. Lagi pula anak kedua tidak lepas ketinggian untuk ke bahagian terbuka. 

tempat menarik alor setar 2022

tempat menarik alor setar 2022
Cuaca cerah dan dapat lihat pemandangan bandar Alor Setar, Kedah

Harga Tiket Naik Menara Alor Setar

Untuk harga tiket pula seperti di bawah;
  • Observation Deck (kawasan melihat berdinding kaca penuh): Dewasa RM6 & Kanak-kanak RM4
  • Star View: Dewasa RM24.00 & Kanak-kanak RM14.00 (harga promosi ketika ini)

(Harga terkini boleh semak di website rasmi Menara Alor Setar)

Waktu Operasi Menara Alor Setar (Isnin - Ahad): 9.00 pagi - 10.00 malam